Latest News

recent

IslamicTunesNews | TIGA PANGGILAN YANG PERLU DISAMBUT



3 Panggilan yang perlu disambut sepanjang hidup:
- Panggilan Azan
 - Panggilan Haji
- Panggilan Ajal

  Pandai macam mana pun kita dalam ilmu pengetahuan matematik, kita masih tidak dapat mengira jumlah dosa dan pahala.
  Salah satu hati hendak khusyuk dalam Islam, Apabila dengar azan hatinya berbisik "Allah tengah panggil aku".
Salah satu cara hendak khusyuk dalam solat, haruslah khusyuk dahulu wuduknya.
Bila dilahirkan, kita diazankan tanpa solat. Bila dimatikan, kita disolatkan tanpa azan.
Bila hidup tak datang masjid, dah mati baru nak datang. Datang pun baring depan Imam.
  Kalimah masjid disebut sebanyak 27 kali di dalam Al Quran. Dan sebanyak 15 daripada itu dikhususkan dengan menyebut nama masjidnya.
  Rukun wuduk ada 6, 2 kering dan 4 basah. Yang kering adalah Niat dan Tertib. Yang basah pula adalah muka, tangan, rambut dan kaki.
Bila kita nak telefon, tertinggal 1 digit agak mustahil untuk kita membuat panggilan. Begitu juga dengan solat, bila kita tertinggal 1 fardhu, akan terputus panggilan kita dengan Allah swt.
  Solat itu macam kita online kat Facebook. Kita boleh luahkan rasa sedih dan doa.
  Nak tahu keputusan bola sepak, kita mestilah tengok pada minit ke 90, bukannya minit pertama. Begitu juga dengan kebaikan hidup seseorang. Kita haruslah tengok minit2 terakhirnya dan bukannya tengok minit2 permulaan dan pertengahannya.

Ingin terang, lapang & berteman di dalam kubur... berdampinglah dengan Al-Quran. Wallahua'lam.
IslamicTunesNews | TIGA PANGGILAN YANG PERLU DISAMBUT Reviewed by Ibnu Syahrizal on 3:47 PM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Muslim Musicpreneurs Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.