Latest News

recent

#MIHAS 2016 Talks Session: Dirikan masjid, makan makanan halal tapi berhibur dengan hiburan mungkar?



Apakah ada istilah “hiburan halal”? Jika ada yang mengatakan hiburan mungkar maka pasti adalah istilah lawannya iaitu hiburan halal, bukan begitu?

Namun begitu ianya bergantung kepada konsep jawapan yang dimaukan oleh pihak-pihak yang bertanya kerana jawapannya juga pelbagai. Jawapan ini boleh dijawab secara ilmu nyata atau secara siratan sepertimana yang diamalkan oleh pengamal Islam secara tasawuf.

Secara ilmu, memang hiburan bukanlah satu sektor industri yang dikaitkan dengan makanan atau minuman kepada umat Islam. Ianya bukan satu bentuk perkhidmatan seperti khidmat pembersihan kawasan, membina bangunan, ataupun khidmat doktor, arkitek dan lain-lain yang diperlukan oleh umat Islam dan umat lain.

Secara siratan pula, hiburan adalah fitrah kepada manusia yang dicipta Allah untuk menguji dan melatih kita menggunakan pertimbangan nafsu, akal dan iman. Berjayanya kita mengawal dan menguruskan aspek-aspek ini maka berjayalah kita menjadi khalifah kepada diri kita sendiri dan menjadi panduan kepada keluarga dan generasi kita. 

Kenapa halal? 

Halal adalah salah satu daripada hukum Islam. Halal adalah sesuatu perkara, benda, atau perbuatan yang diizinkan dan dibolehkan. Sebagai contohnya, berjalan, tidur, meniduri isteri, makan haiwan yang telah disembelih dengan nama Allah. Istilah ini dalam kosakata sehari-hari lebih sering digunakan untuk merujuk kepada makanan dan minuman yang diizinkan untuk dijualbeli menurut Islam.

Sedangkan dalam konteks yang lebih luas istilah halal merujuk kepada segala sesuatu yang diizinkan menurut hukum Islam (aktiviti, tingkah laku, cara berpakaian dan lain-lain).

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. – (Al-Baqarah 2:168)

Halal memang banyak diperkatakan tentang makanan. Namun begitu, pengamal tasawuf juga mengatakan bahawa yang memerlukan makanan itu bukan sahaja tubuh badan tetapi juga roh yang memilik jiwa, hati dan nurani setiap insan.

Oleh itu, bukan saja tubuh atau jasad sahaja yang perlu diberikan makanan halal sebaliknya jiwa dan hati serta nurani juga perlu diberikan makanannya dalam bentuk ilmu dan hiburan.

Hiburan diperlukan apabila ada orang yang kecewa, resah, risau, takut, hilang semangat, marah dan memerlukan kasih-sayang. Ilmu diperlukan bagi orang yang merasakan mereka bodoh atau tidak berpengetahuan. Takrif hiburan yang utama adalah dengan membaca dan mengamalkan kitabullah atau Al-Quran, menyebut nama-nama dan sifatullah yang dipanggil juga zikirullah, memberi salam dan selawat kepada Nabi besar junjungan kita Muhammad SAW (qasidah/berzanji) dan doa-doa amalan nabi-nabi dan ulama.

Hiburan dalam Islam adalah lebih kepada pendidikan atau hiburan mendidik jiwa. Hiburan konsep inilah merupakan makanan kepada jiwa umat Islam. Makanan nyata untuk tubuh dan jasad, makanan amalan hiburan mendidik jiwa inilah makanan halal kepada pembangunan jiwa umat Islam – kasih-sayang, semangat jihad dan iman! Wallahualam.

Cabaran Hiburan Zaman Ini

Harus kita akui bahawa sejak beberapa dekad ini kita umat Islam menghadapi masalah untuk menafsirkan hiburan ini samada halal, haram atau subhah. Cabaran lebih tertumpu kepada pemimpin negara atau pemimpin agama (Ulama’, mufti, kadi, ustaz, ibu bapa) samada umat Islam itu merupakan penduduk dominan ataupun tidak bagi sesebuah negara, iatu bagaimana untuk menafikan selamanya masalah kepesatan dan perkembangan hiburan mungkar menjadi punca utama keruntuhan moral akhlak dan akidah?

Masih adakah lagi ulama, mufti, kadi, ustaz dan para cendiakawan Islam menafikan masalah ini? Masih adakah lagi yang masih mahu terus berbalah dan berpegang pada hadis sahih Buhari yang mengharamkan muzik dalam Islam? Masih adakah lagi yang menentang fatwa Ulama moden yang tidak mengharamkan muzik? Adakah kita masih mahu kekal di tahap ini sedangkan golongan penentang atau musuh Islam yang jelas dalam Al-Quran dibiarkan berleluasa menghancurkan akidah umat Islam dengan hiburan?

"Ikuti sesi “Talks Session – Halal Entertainment Perspective” di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia – MIHAS pada 1 April 2016 sempena dengan World Halal Conference 2016 jam 3 hingga 3;30 petang bersama moderatornya dan ahli-ahli panel yang berkelayakan dan mahir dalam industri halal dan hiburan. Anda semua tidak kira latarbelakang dari industri mana atau peminat/pengikut juga boleh mengemukakan pandangan dalam bentuk artikel atau kertarkerja kepada kami di info@islamictunes.net tiga hari sebelum tarikh Talks Session ini diadakan bagi tujuan pengurusan. - Anjuran MIHAS/IslamicTunes" 

Muzik Islam

Yang jelas diharamkan (mengikut hadis sahih) adalah alat muzik. Memandangkan muzik adalah elemen terpenting dalam hiburan, adalah relevan muzik kita kaitkan dengan hiburan. Muzik merupakan bahasa jiwa manusia. Lihat saja filem Charlie Chaplin walaupun tanpa suara tetapi masih menggunakan muzik untuk menimbulkan rasa jiwa baik marah, lawak dan sedih atau gembira. Muzik adalah bunyi yang telah dinadakan mengikut standard dan prosedurnya yang digunapakai dalam industri muzik seluruh dunia. Ada alat muzik yang mengeluarkan bunyi tetapi tidak menggunakan nada yang sama, contoh Sape kini sedang dimodenkan untuk mengikut standard dan prosedur ini, iaitu memberikan nada nota.

Bunyi adalah ciptaan Allah. Semua jenis bunyi baik dari makhluk atau alam itu datangnya dari Allah. Jika kita mengEsakan Allah, maka lebih baik kita lihat, tumpu dan perhatikan kepada masalah besar yang melanda umat Islam sekarang iaitu serangan hiburan mungkar yang mengakibatkan kita hilang malu, hilang budaya dan hilang akidah! 

Masakini dan mendatang, muzik juga hilang identitinya kerana saudagar-saudagar mungkar berada di hujung jari untuk membuat muzik, merakam video dan menulis buku serta melukis grafik. Internet, media social, gajet, aplikasi mobile dan web juga digital serta komunikasi satellite menjadi platform kepada saudagar-saudagar yang memperdagangkan nafsu-nafsi yang jelas menentang segala bentuk moral dan akhlak serta akidah kepada semua golongan manusia.

Saya harap artikel ini menjawap soalan-soalan yang ditujukan kepada saya secara peribadi atau dalam mana-mana social media, blog atau di portal rasmi http://islamictunes.net . Saya buka komen dan pandangan bagi penambahbaikan artikel ini pada masa hadapan, insyaaAllah. Yang salah itu dari saya sebagai insan yang lemah dan kurang berpengetahuan, yang benar itu hanyalah Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Assalam untuk Nabi Muhammad Saw, keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan semua umat manusia. Terima kasih.
#MIHAS 2016 Talks Session: Dirikan masjid, makan makanan halal tapi berhibur dengan hiburan mungkar? Reviewed by Islamic Tunes on 11:21 AM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Muslim Musicpreneurs Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.