Latest News

recent

IslamicTunesNews | ABANG LONG FADHIL PENUHI UNDANGAN KONGSI PENGALAMAN


Abang Long Fadhil

Setelah tampil dua episod dalam program PenghijrahanFenomena terbitan TV Al Hijrah, bekas gengster terkenal Singapura Abang Long Fadil kini menjadi perhatian ramai.

Abang Long Kongsi pengalaman

Siri pendedahan anak muda berusia 29 tahun ini mengenai pengalaman masa lalu terbabit dengan pelbagai jenayah kekerasan hingga mula merengkok di penjara pada usia 12 tahun, nyata dilihat banyak pihak sebagai titik perkongsian yang berguna ke arah pendidikan.
Slot program #PenghijrahanFenomena yang bersiaran tiap Khamis 10 malam kini menjadikan Abang Long Fadil buruan pihak pengurusan aktiviti agama di masjid dan surau.

Program menarik TV Alhijrah

Antara program menarik hujung minggu ini ialah sesi ceramah istimewa kolaborasi antara Abang Long Fadil dan Pengarah Filem Terkenal Syamsul Yusuf akan diadakan di Masjid Al Ridhuan Hulu Kelang Ahad 29 Mei 7.30 malam.
Program yang turut disertai Ustaz Syed Norhisyam dan Ustaz Zuhdi Mat Piah juga akan dirakamkan untuk siaran #PenghijrahanFenomena TV AlHijrah.
IslamicTunesNews | ABANG LONG FADHIL PENUHI UNDANGAN KONGSI PENGALAMAN Reviewed by Ibnu Syahrizal on 9:25 AM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Halal Entertainment Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.