Latest News

recent

IslamicTunesNews | HUFAZ NASHEED ASAL MALAYSIA SIAP RAKAM LAGU DI INDONESIA

Hufaz nasheed dianggotai 4 pemuda kreatif

Kumpulan Nasyid Hufaz dianggotai oleh 4 orang pemuda yang mempunyai minat mendalam terhadap irama yang mendidik jiwa. Idea asal penubuhan kumpulan ini dicetuskan oleh saudara Amir Arshad pada tahun 2004 apabila beliau mendapat tawaran untuk merakamkan sebuah album nasyid dengan Lacosta Records Entertainment.

Awal mula Hufaz berwajah baru

Bermula tahun 2009,Hufaz yang berwajah baru bersatu hati untuk memperjuangkan irama nasyid secara lebih serius telah menerima pelbagai undangan persembahan nasyid dan selawat bagi pelbagai jenis majlis. Alhamdulillah pada tahun 2011 Hufaz mendapat tawaran merakamkan sebuah lagu ciptaan Saudara Munif Ahmad (Hijjaz) yang dimuatkan dalam album Kompilasi Lagu Nasyid Terbaik Hijjaz Records. Kemudian Hufaz mendapat tawaran merakamkan album Selawat dengan Nasyeed.com selain sebuah album mini bersama Loonaq Records.

Amir Arshad Ketua Hufaz bijaksana

Ketua Kumpulan Hufaz, Amir Arshad bersama Mohd Aizat Jaafar, Mohamad Izwan Jaimi dan Mohd Reezam Ibrahim bertekad untuk terus memperjuangkan irama mendidik jiwa ini sebagai salah satu medan dakwah untuk membentuk masyarakat dan memberi hiburan alternatif kepada pendengar.

Pengalaman Kumpulan Hufaz:
1-Roadshow Anugerah Nasyeed.com.
2-Persembahan Malam Anugerah Nasyeed.com.
3-Persembahan untuk Program Assalamualaikum (TV Al-Hijrah).
4-Persembahan pembukaan Rakaman ProgramAdik-Adikku (RTM).
5-Suara latar kumpulan nasyid Raihan, Rabbani dan Hijjaz.
6-Persembahan pentas bersama kumpulan-kumpulan nasyid Malaysia.
7-Wawancara dengan radio RTM.
8-Rakaman Suara untuk lagu-lagu Korporat & Program-program TV
9-Menjayakan program Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya.
HUFAZ | Idolaku (Official Music Video)
Album Kumpulan Hufaz:
1-Hufaz –Amaran DariNya (2004)
2-Hufaz –Doa-doa Harian (2005)
3-Hufaz –Surah Lazim dan Zikir Munajat (2005)
4-The Best of HRSB –Selagi Ada Waktu (2012)
5-Hufaz –Selawat (2012)
6-Hufaz –Back To Basic (2012)Lagi info mengenai Hufaz:Hufaz Team Event (002012157-A)



IslamicTunesNews | HUFAZ NASHEED ASAL MALAYSIA SIAP RAKAM LAGU DI INDONESIA Reviewed by Ibnu Syahrizal on 9:38 AM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Halal Entertainment Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.