Latest News

recent

IslamicTunesNews | AWAKENING RECORDS LANCARKN APLIKASI RADIO


Awakening Records merupakan sebuah syarikat rakaman International yang telah melahirkan artis-artis nasyid terkenal yang luarbiasa diperingkat global. Antara nama-nama besar yang bernaung di bawah syarikat ini ialah Maher Zain, Harris J, Raef, Hamza Namira dan yang terbaru ialah penyanyi terkenal dari Kuwait, Humood Alkhudher yang popular dengan gelombang Kun Anta di seluruh dunia.
Setelah menerbitkan aplikasi khusus buat peminat Harris J, Awakening Records hari ini telah mengumumkan sebuah lagi aplikasi yang dinamakan sebagai Awakening Radio.
Awakening Radio merupakan sebuah aplikasi radio atas talian yang menyajikan siaran tanpa henti seleksi lagu-lagu nasyid secara gratis dari artis yang bernaung di bawah label Awakening Records. Melaluinya, pengguna juga akan turut sama dihidangkan dengan beberapa temu ramah eksklusif serta siaran konsert live yang melibatkan artis Awakening.

Selain beberapa kandungan asas seperti lagu, klip video rasmi, carta dan info terkini, pengguna juga diberi ruang untuk berinteraksi bersama pengguna lain melalui fungsi “Radio Community”. Walau bagaimana pun akses penuh kepada fungsi ini hanya terhad kepada pengguna berdaftar sahaja.
Awakening Radio ditawarkan secara percuma menerusi App Store bagi pengguna iOS dan juga di Google Play Store untuk pengguna Android. Sekiranya anda meminati artis-artis naungan Awakening Records, Awakening Radio adalah aplikasi yang wajib anda miliki.
Sumber dari http://munsyeed.com/
IslamicTunesNews | AWAKENING RECORDS LANCARKN APLIKASI RADIO Reviewed by Unknown on 9:02 AM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Muslim Musicpreneurs Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.