Latest News

recent

IslamicTunesNews | MESTICA NASYID MALAYSIA VIDEO OFFICIAL - Kasih


Lagu: Kasih

Artis: Mestica Feat Daqmie
Lagu/Lirik: Daqmie
NEPSB / NCRecords

Sezaman dengan kemunculan kumpulan nasyid menempa kegemilangan selepas Raihan, Rabbani dan Hijjaz, muncullah kumpulan nasyid seperti In-Team dan UNIC dan Mestica merupakan sebuah lagi kumpulan nasyid yang mendapati perhatian di kalangan peminat remaja. Pada peringkat awal penubuhannya kumpulan ini pernah menggunakan nama “Ideal” dan “Mestika”. Namun selepas menjalani ujibakat dan diterima menjadi anggota keluarga terbaru Hijjaz Music Entertainment nama kumpulan ini ditukar kepada nama “Mestica”.

Ditubuhkan pada Mei 2002, Mestica dianggotai oleh 4 orang mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kumpulan ini merupakan gabungan ahli-ahli daripada 3 kumpulan nasyid yang pernah bergiat aktif di kampus UiTM Shah Alam sekitar tahun 2000 hingga 2002 iaitu IS-ONE, As-Syiffa’ dan Al-Wahdah. Selepas pembubaran kumpulan-kumpuan tersebut, Khairul telah mengambil inisatif untuk mengumpulkan kembali bekas ahli kumpulan-kumpulan tersebut bagi meneruskan kesinambungan irama nasyid di UiTM. Maka dengan itu tertubuhlah kumpulan Mestica (Mestika) yang membawa maksud 'sesuatu yang berharga' dan pada masa yang sama membawa bersamanya sedikit unsur kemelayuan. Anggota kumpulan Mestica ialah Shaiful (ex As Syiffa’), Khairul (ex As-Syiffa’), Razin (ex IS-ONE), Khalil (ex Al-Wahdah).

Di dalam album sulung 'Sendu Sendawa' yang juga merupakan album pengenalan kepada kumpulan nasyid baru ini, Mestica mengikuti jejak langkah UNIC dengan mengenengahkan irama nayid moden. Sementara UNIC memfokuskan kepada irama pop moden, Mestica cuba memperkenalkan muzik tradisonal dan reggae. Lagu Sendu Sendawa merupakan contoh terbaik irama yang cuba dipelopori oleh aliran muzik Mestica. Ia mempunyai semangat nusantara yang banyak membezakan Mestica dengan kumpulan nasyid yang lain.

Mestica cuba memberi kelainan kepada irama nasyid yang sedia ada dengan mengetengahkan konsep muzik nusantara (pop etnik) melalui melodi lagu yang dibawa mahupun peralatan muzik yang digunakan. Mereka membawa pembaharuan dengan tampil bersama genre pop etnik. Konsep itu dipilih memandangkan genre berkenaan belum diterokai mana-mana kumpulan nasyid sebelum ini.

Kini kesemua ahli Mestica masih sama dan masih kerap mendapat undangan ke majlis-majlis dan show nasyid seluruh Malaysia. Razin dan Khairul juga aktif dalam bisnes event management bersama Nasyeed.com dan juga menguruskan perniagaan produksi album dan pemasaran di bawah label NC Records.
IslamicTunesNews | MESTICA NASYID MALAYSIA VIDEO OFFICIAL - Kasih Reviewed by Ibnu Syahrizal on 10:10 AM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Muslim Musicpreneurs Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.