Latest News

recent

ISLAMICTUNESNEWS | Nasyid Itu Berdakwah atau Bisnes?











Berdakwah atau berniaga???.. Hmm.. Rasulullah SAW juga berniaga dan baginda juga adalah orang yang bertanggungjawab mengembangkan syariat ALLAH dimuka bumi ini. Boleh kita katakan kedua-dua perkara boleh berlaku serentak.

Dewasa ini semua perkara di atas muka bumi ini memerlukan duit. Pendek kata duit bukanlah segala-galanya TETAPI segala-galanya memerlukan duit. Setiap pekerjaan yang dilakukan berhak mendapat upahnya. Adakah kita nak mengatakan para ustaz dan guru yang mengajar di sekolah, di surau atau di mana sahaja tidak berhak mendapat gaji di atas penat lelah mereka mendidik pelajarnya? Walhal mereka mendukung amanah yang besar dalam mendidik anak bangsa menjadi individu yang cemerlang di dunia dan akhirat. Tentunya mereka berhak di atas apa yang diusahakan. Tanpa gaji atau pendapatan mana mungkin mereka mampu menampung kos hidup yang cukup tinggi ketika ini sekaligus menyebabkan mereka juga tidak dapat menjalankan amanah yang besar itu.

Begitu jugalah para penasyid hari ini. Kami mengeluarkan kos yang tinggi untuk sesuatu album. Kos produksi sahaja untuk sebuah album mencecah 30 hingga 50 ribu. Kos promosi pula biasanya 2 kali ganda daripada kos produksi yakni antara 60 hingga 100 ribu ringgit. Itu pun belum masuk kos percetakan CD. Jadi kos kasar penghasilan album adalah antara 90 hingga 150 ribu ringgit. Dari manakah para penasyid mendapat modal pusingan untuk merakamkan album-album seterusnya sekiranya bukan daripada jualan album dan persembahan pentas?

Ya memang kami tidak dapat menghalang para pendengar untuk membeli cetak rompak atau memuat turun daripada internet. Apa yang kami boleh lakukan hanyalah memberikan kesedaran kepada para pendengar agar menyokong industri hiburan Islam yang ada pada hari ini agar ianya terus hidup dan tidak berkubur. Jika ianya tidak disokong, maka mana mungkin kami mampu terus menghasilkan produk-produk bersifat edutainment untuk masyarakat umumnya. Sekiranya kami mempunyai penaja atau sumber kewangan yang tetap dan besar untuk terus menyokong aktiviti nasyid ini nescaya kami tiada masalah untuk mengedarkannya secara PERCUMA sahaja.

Sebab itulah kami di Persatuan Penggiat Industi Nasyid Malaysia menggalakkan para penasyid supaya menceburi bidang perniagaan dan menjadi usahawan agar kami tidak menjadikan aktviti nasyid sebagai sumber pendapatan yang utama. Adalah menjadi hasrat kami agar suatu hari nanti aktiviti nasyid hanya menjadi satu sumbangan percuma kami kepada masyarakat dengan adanya dana yang kukuh untuk kami menjalankan aktiviti seni kami.

Aku tidak mahu menyentuh soal halal atau haram aktiviti cetak rompak ini kerana aku percaya majoriti individu faham mengenainya. Nama pun rompak, tentunya ianya satu sumber yang tidak halal. Ya, mungkin dengan cetak rompak mesejnya akan lebih mudah sampai kepada masyarakat tetapi adakah kita rasa sesuatu yang kita dapat daripada sumber yang tidak halal itu akan memberi kesan yang baik kepada pendengarnya? Sebagai muslim yang mukmin tentunya kita tidak mengamalkan falsafah Mancheveli yakni matlamat menghalalkan cara. Tak gitu??

Nota: Penulis kini adalah CEO NC Records/ahli pengarah Nasyeed.Com dan juga Setiausaha Persatuan Penggiat Industri Nasyid Malaysia. Artikel ini diambil dari blog peribadi beliau http://tokjeng.blogspot.my/2009/01/nasyid-berdakwah-atau-berniaga.html 
ISLAMICTUNESNEWS | Nasyid Itu Berdakwah atau Bisnes? Reviewed by Islamic Tunes on 7:56 AM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Muslim Musicpreneurs Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.