Latest News

recent

IslamicTunesNews | LAH AHMAD ASAL MALAYSIA MEMILIKI KEUNIKAN VOKAL TERSENDIRI


Lah Ahmad asal Kuala Lumpur

Siapa yang tak kenal Lah Ahmad munsyid asal KL, Malaysia Memiliki keunikan vokal yang tersendiri melalui penguasaan dalam teknik falsetto, ramai yang memilih beliau sebagai guru vokal, artis duet dan juga suara latar. Lagu ‘Ayu’ yang sentiasa menjadi siulan pendengar sebelum ini banyak melonjakkan nama pemuda yang berasal dari Petaling Jaya ini.
Beliau yang dimaksudkan adalah Abdullah bin Ahmad atau Lah Ahmad, satu nama yang cukup dikenali menerusi kumpulan Voices of Euphonious (V.E) suatu ketika dahulu sebelum beliau mengambil keputusan untuk bergerak solo seterusnya berhijrah dan muncul dengan karya-karya berbentuk Islamik pada tahun 2010. Kemudian beliau mula bergandingan bersama rakan-rakannya dalam Al-Mawlid yang terdiri daripada bekas anggota kumpulan Ruffedge, VE dan Innuendo. Beliau meneruskan karya-karya terbaiknya menerusi lirik dan lagu yang memuji  kebesaran Allah dan keindahan akhlak Rasulullah SAW.

Lah Ahmad cukup bejaye di industri musik
Sepanjang bergelar anak seni, banyak kejayaan yang diraih oleh beliau antaranya ialah Artis Inggeris Tempatan Terbaik, Vokal Terbaik Juara Lagu 22 bersama Jaclyn Victor dan Vokal Terbaik di dalam kumpulan.
Tahun 2014, beliau mengambil langkah berani apabila tampil dengan album religi solo pertama berjudul Jalan Untuk Kembali di bawah label Inteam Records. Album tersebut menghimpunkan lapan buah lagu segar bersama dua trek bonus yang merupakan hasil sentuhan sepenuhnya oleh Lah sendiri. Antaranya ialah lagu yang berkonsepkan R&B soul iaitu Syukur, Salam, Ya Allah, KehadiranMu, Kau Tercipta, Nazam Tok Nenek, Agung dan banyak lagi.

Promosi album sulung
Terkini, beliau sibuk memenuhi jadual siri jelajah bagi mempromosikan album sulungnya ini. Diterbitkan dan diedarkan oleh Inteam Records dengan kerjasama Sony Music Malaysia, album ini  telah pun dilancarkan secara rasminya pada 26 Jun yang lalu bertempat di TalentLounge, Petaling Jaya. Dijual pada RM25.90, album ini sudah pun berada di pasaran dan juga boleh didapati menerusi pembelian atas talian dengan melayari www.inteammbile.com, atau muat turun di portal muzik seperti iTunes, Spotify dan lain-lain lagi.

Lah Ahmad - Salam (Official Music Video)

Jom sokong dan ikuti perkembangan terkini beliau di facebook Lah Ahmad. Tim NasyidKini merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Lah atas kelahiran karya religi pertamanya. Semoga terus istiqamah dalam membina dan menyebarkan dakwah di lapangan seni. 


IslamicTunesNews | LAH AHMAD ASAL MALAYSIA MEMILIKI KEUNIKAN VOKAL TERSENDIRI Reviewed by Ibnu Syahrizal on 7:02 AM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Halal Entertainment Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.