Latest News

recent

IslamicTunesNews | DESTINY NASHEED ASAL MALAYSIA SELESAI RAKAM ALBUM KETIGA

Sahabat IslamicTunesNews kali ini kami nak kenalkan sahabat dengan sebuah kumpulan yang berasal dari Malaysia,? Mari kita ikuti..

Perkembangan terbaru DESTINY

Alhamdulillah, kini DESTINY telah pun selesai merakamkan album ketiga berjudul INDAH. Lagu hasil Ciptaan Daqmie dan lirik oleh Ito Lara ini, telah menjadi pilihan DESTINY untuk menjadikan INDAH sebagai lagu Single kedua DESTINY selepas lagu ARAH sebelum ini, lagu dan lirik hasil ciptaan sepenuhnya oleh Bazli Hazwan UNIC. Alhamdulillah, maka terhasillah video lirik INDAH buat peminat DESTINY.

Album ketiga DESTINY bakal diterbitkan oleh Syarikat Music Space Sdn Bhd sebagai pengedar utama. Di samping, kepercayaan dan kerjasama turut diberikan oleh syarikat Arteffect International dan Sony Music sebagai pengedar album ketiga DESTINY. Album ini juga diedarkan oleh penaja utama album DESTINY iaitu syarikat Whosalemart Bussines Point Sdn Bnd (WMBP) sebagai special project. Kami sangat bersyukur kerana masih diberikan kepercayaan untuk bekerjasama dengan syarikat tersebut bermula album pertama sehingga kini.

Dibalik tabir pembikinan lagu

Antara lagu baharu yang bakal dimuatkan di dalam album DESTINY ialah Indah, Dia Penentu Segala hasil gubahan Along Exists, Ya Rabbi bil Mustafa ciptaan Rozi DESTINY, Subhanallah Gubahan Saufi DESTINY, Hasbi Rabbi ciptaan Rozi DESTINY dan Lagu Selawat hasil gubahan Rizal DESTINY. Antara lagu-lagu yang telah dirakamkan semula dengan dengan susunan muzik baharu adalah seperti lagu Hati Kata Rindu, Arah, Cinta Sepi Indah, Bersama Rindu, Tandus dan Kata Maaf. Genre muzik yang kami bawakan pastinya akan menampilkan kelainan kepada pendengar setia nasyid di Malaysia.

Harapan utk single terbaru ni

Gabungan pencipta lagu Daqmie dan Ito Lara yang menjadi Juara Dalam Anugerah Nasyid IKIM 2015 baru-baru ini, memberikan titik tolak utama untuk DESTINY mempertaruhkan lagu Indah sebagai single terbaharu. In shaa Allah, dalam masa terdekat ini, DESTINY juga akan menghasilkan Klip Video lagu Indah yang dalam rangka dan perancangan teliti untuk hasil terbaik buat peminat dan penggemar nasyid tanahair.

Perancangan akan datang

DESTINY berhasrat untuk menghasilkan album Bacaan Ayat-Ayat Al-Quran, Zikir, Selawat dan Qasidah sepenuhnya suatu masa nanti. Mohon doa kalian agar usaha kami dipermudahkan oleh Allah swt. DESTINY juga merancang untuk mengadakan Jelajah Malaysia Bersama DESTINY seperti yang pernah dijalankan pada suatu jetika dahulu. Kami akan berusaha mendapatkan kerjasama untuk menggabungkan beberapa rakan-rakan artis lain untuk turut serta dalam jelajah tersebut. Walaupun kini, DESTINY hanya tinggal bertiga sahaja Rizal, Saufi dan Rozi, tetapi semangat juang kami masih lagi kuat untuk meneruskan misi dakwah dalam dunia hiburan mendidik jiwa. Kami tidak akan menjadikan ia sebagai alasan untuk meneruskan usaha kami dalam menyemarkkan industri nasyid Malaysia.

Ucapan buat peminat

Kami bersyukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam arena Industri Nasyid Malaysia. Walaupun pelbagai dugaan, ujian yang datang, adakalanya melemahkan semangat juang kami. Alhamdulillah dengan keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu usaha kerana Allah SWT, semuanya dapat kami tepis dengan kekuatan dan kecekalan. Kami juga berbangga kerana diberikan peluang dan ruang untuk menjadi salah seorang munsyid di Malaysia dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiah melalui muzik yang kami bawakan. Moga usaha murni kami diberkati ALLAH SWT.
IslamicTunesNews | DESTINY NASHEED ASAL MALAYSIA SELESAI RAKAM ALBUM KETIGA Reviewed by Ibnu Syahrizal on 10:19 AM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Halal Entertainment Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.