Latest News

recent

IslamicTunesNews | AHMAD FAIZAL BIN MOHAMMAD TAHIR SEORANG PENYANYI MALAYSIA YANG MULA DIKENALI

Ahmad Faizal seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali

Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir atau Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit.


Faizal pernah menyertai kumpulan nasyid Mirwana, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Beliau menjadikan musim pertama rancangan realiti One in a Million anjuran 8TV sebagai landasan ke arah kemasyhuran.

Album sulung Faizal
Album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu, keluar di pasaran pada 22 November 2007, dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama-sama Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu & Golek (iaitu terjemahan harfiah sepenuhnya bagi ungkapan "Rock n' Roll"). Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah jualan 10,000 ribu unit.Walau bagaimanapun, pada malam 13 Januari 2008, kerjaya Faizal tercemar apabila mengundang rasa tersinggung ramai pihak apabila menanggalkan baju dan tali pinggang beliau di atas pentas pada konsert ulang tahun keempat 8TV yang disiarkan secara langsung.Oleh itu, pihak 8TV mengambil tindakan tegas dengan memberi amaran keras kepada beliau dan mengehendaki beliau terlibat dalam kerja-kerja amal selama enam bulan. Di samping itu, dua hari selepas peristiwa itu, 8TV mengadakan sidang akhbar untuk Faizal memohon maaf kepada semua pihak yang berasa tersinggung oleh perbuatannya.Akibatnya, pada 19 Januari 2008, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata Faizal dilarang muncul dalam mana-mana rancangan televisyen swasta selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari 2008, dan juga menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di 8TV selama tempoh yang sama

Faizal akhirnya muncul di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada awal 2009, di mana beliau merangkul tiga anugerah untuk lagu "Sampai Syurga" iaitu hadiah Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Lagu Balada Terbaik. Akan tetapi, timbulnya desas-desus bahawa Faizal Tahir hendak bersara dari bidang nyanyian untuk meluangkan lebih masa bersama keluarganya, tetapi akhirnya disangkal dengan kemunculan single "Bencinta" di corong-corong radio.

Faizal Tahir berganding bahu dengan Datuk Siti Nurhaliza
Pada 20 November beliau sepatutnya bertarung di program Muzik-Muzik peringkat separuh akhir. Namun beliau tidak ikut serta dalam acara itu selepas dimasukkan ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 18 November kerana mengalami masalah jangkitan kuman di paru-parunya.Oleh itu, lagu beliau, "Bencinta" terpaksa dinyanyikan oleh Shila, penyanyi yang lahir dari program realiti yang sama dengan beliau, One In A Million musim 2.Walau bagaimanapun, lagu "Bencinta" layak ke acara Anugerah Juara Lagu 24, dan Faizal menangkis keraguan peminat dengan kemunculannya di malam kemuncak pada 11 Januari 2010, walaupun terpaksa bertongkat kerana belum sembuh sepenuhnya. Lagu tersebut berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan di AJL kali ini.Pada Februari 2010, Faizal Tahir berganding bahu dengan Datuk Siti Nurhaliza dan Aizat untuk menjayakan Konsert Satu Suara terbitan Siti Nurhaliza Productions. Konsert tersebut berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, selama tiga hari, iaitu 12–14 Februari.Album kedua Faizal, Adrenalin telah keluar di pasaran pada 11 Mac 2010.
IslamicTunesNews | AHMAD FAIZAL BIN MOHAMMAD TAHIR SEORANG PENYANYI MALAYSIA YANG MULA DIKENALI Reviewed by Ibnu Syahrizal on 3:59 PM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Halal Entertainment Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.