Latest News

recent

IslamicTunesNews | EDARAN CD TAHMID LEBARAN PERCUMA DI TOL GOMBAK TEMPOH HARI

Program edaran CD Tahmid Lebaran percuma di Tol Gombak tempoh hari

Kumpulan nasyid, Inteam telah mengambil insiatif mengedarkan 800 keping album Tahmid Lebaran kepada pengguna-pengguna jalan raya yang pulang ke kampung halaman masing-masing secara percuma, semalam.
Menurut Syah Inteam, aktiviti seumpama itu pertama kali dilakukan pihaknya sebagai tanda berkongsi kegembiraan Aildilfitri bersama para pengguna jalan raya yang pulang ke kampung.
Edaran CD Tahmid Lebaran dan krim penjagaan kulit halal percuma
Album tersebut diedarkan bersama beberapa barangan lain termasuk krim penjagaan kulit halal dan mesra umrah-haji, buku amalan harian serta baucer diskaun bermula jam 9 pagi tadi hingga jam 11 pagi di Plaza Tol Gombak bagi kenderaan yang menuju ke Pantai Timur.
Lagu Tahmid Lebaran merupakan single baru terbitan Inteam Records yang menampilkan Raihan, Hijjaz, Rabbani, Inteam, Fareast dan Lah Ahmad.
Lagu lain yang turut dimuatkan dalam album itu ialah lagu Ramadan Dua Zaman nyanyian Inteam dan Nazrey Johani, Gema Mubarak, Ifthar dan Takbir Raya.


IslamicTunesNews | EDARAN CD TAHMID LEBARAN PERCUMA DI TOL GOMBAK TEMPOH HARI Reviewed by Ibnu Syahrizal on 2:22 PM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Halal Entertainment Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.