Latest News

recent

IslamicTunesNews | IKUTI PERJALANAN AZMEE BIN ABDUL MANAP LEBIH DIKENALI SEBAGAI DAQMIE

Dari Sebuah Keluarga Yang Sederhana

Diperkampungan yang damai dan tenteram, suasana desa beradat dan berbudaya dengan Cogan kata “ Disini Segalanya Bermula”. Lahir seorang putera yang ketujuh dari lapan adik beradik : Pada 20 Jan. 1971 bertepatan hari Rabu.

Setelah lahir dan diberi nama, Azmee bin Abdul Manap.
Suasana desa, Kampung Simpang Ampat, Daerah Alor Gajah Melaka bersempadankan dengan Daerah Tampin Negeri Sembilanini banyak mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak ini.

Memulakan alam pendidikan si Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat kemudian menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Simpang Ampat. Tingkatan 1 sampai 3. Berpindah pula ke Sekolah Menengah Dato’ Dol Said dari tingkatan 4 hingga 6. Setelah selesai belajar peringkat Sekolah Menengah Azmee bin Abdul Manap melanjutkan pengajian ke Institut Teknologi Tun Abdul Razak ITTAR dari tahun 1995 hingga 1997. Dalam jurusan Accounting Finance.
Azmee bin Abdul Manap kemudiannya lebih dikenali sebagai Daqmie
Azmee bin Abdul Manap kemudiannya lebih dikenali sebagai Daqmie sebagai jenama dirinya diarina Musik, Lagu dan Seni Suara. Bakat seni khususnya musik memang terkesan sejak kanak-kanak lagi. Bakatnya yang subur dibajai pula dengan minat serta usaha gigihnya sejak dulu lagi. Ketika remaja dalam usia belasan tahun 1991 Daqmie telah membuktikan bakatnya melalui Albumnya yang pertama bersama East (Noise Records) dan pada tahun 1996 Album kedua dengan jenama yang sama.
Kecemerlangan remaja bernama Daqmie lebih diikhtiraf bila Albumnya bersama kumpulan BARONGAN terbit dan menemui peminat tanahair pada tahun 2002 atas jenama Jam Record. Kreativiti Daqmie dalam seni musik tidak terbatas pada satu disiplin dan jendre. Daqmie mampu menjadi penyanyi (Vokalis), Pemusik, Jurutera bunyi, Pencipta lagu dan lirik. Khidmatnya sebagai Jurutera Bunyi terbukti bersama Zalikamari Studio 1991-1993. Bersama Booty Studio 1994-1995 kemudian bersama Nearfield Studio 1996-1998. Dan diteruskan lagi bersama Flare Studio 1999 hingga 2002.
Kebolehan Daqmie dalam penciptaan lagu dan lirik juga banyak menyumbang dalam mengembang suburkan dunia seni musik tanahair. Hasil buah tangan Daqmie antaranya turut mencipta fenomina bersama kumpulan atau individu antaranya :- Raihan, Rabbani, Hijjaz, Now See Heart, Saujana, Aishah, In Team, mestica, Muadz, Wildan, Varians, Demascus, Alarme Me dan Durrani. Pada hampir Semua Kumpulan atau Individu yang berkecimpung dengan lagu-lagu nasyid, Kerohanian atau keTuhanan Daqmie pasti akan terlibat.
Sumbangan Daqmie juga begitu ketara dalam Penerbitan, Penyusunan Musik atau pemusik undangan didalam album. Dapat dibuktikan melalui album :- Rabbani, Raihan, Hijjaz, Saujana, Sharifah Aini, Salem, Barongan, East, Aishah, Muadz, A to Z, As Saufee, Diwani, Durrani, Haikal, Ideal, In Team, Mestica, Sabda dan Now See Heart. Melalui Senarai panjang pernerbitan tersebut, Sentuhan jiwa dan roh musik kerohanian itu menjadikan Daqmie menyatu jiwanya.
Penglibatan dan sumbangan yang berterusan tidak terbatas didalam Negara sahaja Daqmie juga turut terlibat dan menyumbangkan tenaga serta kepakarannya dalam musik khususnya jondre lagu kerohaniaan, keTuhanan atau biasa disebut sebagai nasyed melalui Konsert didalam dan luar negara. Mengikuti Raihan - Jelajah Afrika Selatan dan Indonesia. Rabbani - Jelajah United Kingdom, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei Darussalam. Bersama Dendang Anak - keacara World Music Festival 2008, Pesta Gendang Nusantara 2008, World Music Festival Hitam Putih 2010, Siak Bermadah (Riau) Indonesia 2008, 2009, 2010, 2013 dan Pesta Musik Inderagiri. Indonesia 2010.
Sumbangan kepakaran melalui Filem. Sebagai Pengarah Musik, Pemusik, Pencipta Lagu dan Lirik termasuk menjadi penyanyi (vokalis) dalam Filem Muhammad The Last Prophet, I’M Not Single, Cinta 200 Ela, Selamat Pagi Cinta, Syurga Cinta, Salam Cinta, Sekali Lagi, Dua Kalimah, 7 Petala Cinta, 99 Kali Rindu, Senario Episod 1. Kebanyakan Filem dan Telemurni tersebut mendapat Sambutan yang baik dari penonton. Penglibatan Daqmie juga mendapat pengiktirafan Bidang Iklan dan pengiklanan, Montaj dan Lagu Tema untuk TV dan Radio juga membuka ruang dan turut menggunakan khidmat kepakaran Daqmie dalam musik dan kretivitinya mencipta lagu. Antara jenama yang mendapat sentuhan karya dan jiwa Daqmie ialah :- Petronas Fertelizer, IKIM FM, Syahadah, An Nur, Furqan, Radio Selangor FM, Hayya Bil Arabia. Begitu juga penciptaan Lagu Tema Daqmie turut mengungguli. Terbukti melalui acara-acara besar seperti :- Festival Nasyeed Kebangsaan, Hijrah 2002 dan 2004, Tilawah Al-Quran Peringkat kebangsaan dan Peringkat Antarabangsa.
Dengan kepakaran dan penguasaan dalam hampir semua disiplin musik menjadikan Daqmie seorang seniman musik gonre kerohanian yang disegani dan dihormati. Beliau juga sering diberi penghormatan menjadi juri atau terlibat mengendalikan pertandingan atau sayembara. Antaranya Daqmie pernah menjadi juri untuk Akademi Nasyid dan Festival Nasyid Kebangsaan.
Sebagai Artis Daqmie juga pernah terlibat dalam penilaian dan pencapaian untuk dinobatkan sebagai pemenang. Pencalonan dan anugerah :- Album Nasyid Terbaik (Penerbit) AIM ke 15 – Pemenang, Album Nasyid Terbaik (Mahabbah 2010) - Pencalonan Akhir, Festival Filem Malaysia (soundtrack) 2012 - Pencalonan Peringkat Akhir.
Lain-lain kegiatan dan aktiviti berkaitan :- Pengasas ALAM MUSIQ 2013, Ahli Lembaga Pengarah Nasyeed Edutainment Sdn. Bhd. , Pengasas Nasyeed Edutainment Publishing Sdn. Bhd. , Ahli Lembaga Pengarah KOPSTARS. , dan Pengerusi Bersama Anugerah Nasyeed.Com Pertama 2012 Penaung kehormatnya Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Lahirnya Album Sulung .DAQMIE MAULAYA adalah puncak karea yang menhimpunkan 9 lagu baru Ciptaan belian Sendiri. Pancak ketulus ikhlassan yang dicurahkan didalam satu album ibarat satu “Kebenaran Yang Ditangguhkan” dan hanya Sekarang dizahirkan. Mudah-mudahan akan mengalir dan dapat dinikmati oleh Sekelian umat. Ibarat ilmu yang dimanfaat dan insya’Allah tidak akan terputus dan terhenti ikatan antara Anak Adam. Insya’Allah. Wassalam.


IslamicTunesNews | IKUTI PERJALANAN AZMEE BIN ABDUL MANAP LEBIH DIKENALI SEBAGAI DAQMIE Reviewed by Ibnu Syahrizal on 6:20 PM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Muslim Musicpreneurs Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.