Latest News

recent

IslamicTunesNews | KENALI TALEEB MIZAD PENYANYI BAKAT BARU DARI YOUTUBE

Kenali Taleeb Mizad Penyanyi Bakat Baru Dari Youtube  

penyanyi kelahiran Youtube terdiri daripada wanita. Lihat saja Ana Raffali, Zee Avi, Yuna dan Melda Ahmad. Namun kini, tibalah giliran Taleeb Mizad atau nama sebenarnya Abdul Muttaleeb Mizad mencuba nasib. Taleeb sebelum ini hanyalah dikenali oleh penggemar Youtube kerana sering memuat naik video ‘cover’ lagu-lagu popular seperti Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Ombak Rindu dan I’m Yours dan dari situlah dia mula mengumpul peminat setia yang menyukai alunan suaranya. 


Satu Bintang - Taleeb Mizad
Taleeb Mizad bertemankan gitar

Walaupun dia masih lagi mengekalkan gaya yang sama iaitu menyanyi sambil bertemankan gitar sehinggakan ada sebilangan yang menganggapnya sebagai klon Ainan Tasneem dan Najwa Latif versi lelaki. Bagaimanapun, itu bukanlah menjadi persoalannya. Bakat pada anak muda ini memang tidak boleh dipandang enteng sementelah apabila dia berjaya memenangi kategori Nova Media Baru semasa Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 di Singapura. “Pemenang bagi kategori ini dibuat berdasarkan undian orang ramai bagi Youtubers di peringkat antarabangsa dan saya sendiri tidak menyangka akan menang. “Tak sangka pula ramai yang mengundi lagu itu hingga melayakkan saya menjadi pilihan dalam kategori tersebut,” katanya pada Zass. Susulan kemenangan itu, anak muda yang berasal dari Johor Bharu ini mengakui menerima pelbagai tawaran daripada beberapa syarikat rakaman tempatan dan juga dari Singapura serta Indonesia yang berminat dengan bakatnya. Namun begitu, setelah berfikir dengan begitu mendalam, dia akhirnya nekad untuk bernaung di bawah Hijjaz Records, yang lebih kepada genre nasyid. “Kalau diikutkan genre saya lebih kepada ‘ala-ala Indonesia’ kerana susunan muziknya yang amat mendamaikan. “Genre nasyid pula adalah sesuatu yang baru bagi saya, namun genre tersebut telah diubahsuaikan agar lebih moden dan saya suka mencubanya,” katanya. Nama Taleeb mungkin belum rancak diperbualkan dalam industri, namun bakat besar yang ada pada lelaki ini tidak boleh dipandang sebelah mata. 

pengalaman bermain muzik sejak di bangku sekolah
Dia sebenarnya punya pengalaman bermain muzik sejak di bangku sekolah lagi. Bakatnya itu mula dikesan apabila dia terlibat dalam Simfoni Orkestra ketika belajar di Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban yang membawanya mengembara bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. “Saya sukakan muzik, malah sejak umur 13 tahun lagi, saya sudah terlibat dalam kumpulan orkestra,” kata anak keempat dari lima beradik ini. Selain itu, Taleeb bukan sahaja berbakat dalam penciptaan lagu, malah dia juga boleh bermain beberapa alat muzik dan pakar bermain seruling. Sekarang baru kita kenali Taleeb Mizad penyanyi bakat baru dari Youtube
IslamicTunesNews | KENALI TALEEB MIZAD PENYANYI BAKAT BARU DARI YOUTUBE Reviewed by Ibnu Syahrizal on 9:23 PM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Halal Entertainment Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.