Latest News

recent

IslamicTunesNews | PENTINGNYA KATEGORI ISLAMIC MUSIK DALAM DUNIA DIGITAL


Muzik Dalam Islam - Tiada Pengiktirafan?

Percayakah anda jika saya beritahu bahawa TIDAK ADA genre musik Nasyid, Nasheed atau nasyeed dalam kategori metadata digital di peringkat dunia sehingga kini? Hasil pemeriksaan saya (terhad hanya menerusi internet) yang ada cuma di Malaysia, iaitu terwujudnya sebuah pengkalan data bagi setiap audio dan video yang dibuat oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menggunakan geran yang diperolehi dari Kerajaan Malaysia sekitar tahun 2013 atau 2014 lalu yang dinamakan sebagai Data Rakaman Music Malaysia (MRD). Namun begitu, platform ini hanyalah untuk kegunaan ahli RIM sahaja dan masih ramai lagi rakaman-rakaman yang dibuat oleh penerbit konten di Malaysia tidak menjadi ahli!
Jika anda pernah ada pengalaman untuk mendaftar musik di iTunes, Google Play Store, Amazon, Spotify dll., anda sudah tentu tidak dapat mendaftarkan atau memilih kategori Nasyid atau apa saja yang boleh mendokumentasikan musik atau rakaman anda ini dalam genre yang sesuai, kerana tidak ada yang berkaitan dengan Islam. Terdapat kategori bagi Kristian musik, Gospel, Jews Music, Spritual (juga merujuk pada Jews) dan motivation (juga merujuk kepada Kristian) tetapi yang saya katakan di atas, tidak ada satu pun merujuk kepada Islamic Music, atau pun Nasyid.

Buat masa sekarang, kebanyakan musik atau rakaman yang berkaitan Islam akan diletakkan di bawah kategori World ataupun Arabic Music. Saya pernah bertanyakan pada wakil iTunes di Singapore sekitar tahun 2014 lalu dan akhirnya mereka membuka satu lagi kategori yang katanya, sekarang anda boleh meletakkan rakaman anda di bawah kategori khas yang kami baru wujudkan, saya tanya Nasyid? Islamic Music? eh bukan, kategori baru itu adalah INDONESIAN RELIGIOUS...aduhhh! kenapa allergic sangat dengan nama ISLAM? 



Ada juga yang bertanya saya kenapa beria-iya sangat mahukan kategori ini diadakan, jawab saya adalah:-

1. Rasa malu pada Allah SWT sebab musik atau rakaman yang saya buat tidak memasyurkan nama Allah;

2. Menghilangkan rasa malu dan rendah diri tidak bertempat di kalangan penggiat musik atau rakaman Muslim kerana tidak diiktiraf sesuai dengan kategori dan jenis rakaman yang mereka buat, jadi tak secara langsung dengan adanya kategori genre ini akan dapat memartabatkan lagi agama Islam yang indah dan sempurna sehingga rakaman musik kita di kategorikan secara jelas dan berdiri sama-rata dengan genre lain, malah lebih baik kerana kita memuji Sang Pencipta, meraikan Nabi dan membawa unsur-unsur pendidikan jiwa dan rohani yang total;

3. Yang ini ramai masih tak perasan! Dengan memastikan kita memilih kategori yang tepat dan jelas iaitu di bawah nama Islam, atau muslim, dapatlah kita sekurang-kurangnya mempertahankan kesucian norma-norma susila insan dan ehsan manusiawi, yang fitrahnya memang menyukai hiburan terutama kepada umat Islam sendiri. Bagaimana pula?


IslamicTunesNews | PENTINGNYA KATEGORI ISLAMIC MUSIK DALAM DUNIA DIGITAL Reviewed by Ibnu Syahrizal on 7:15 PM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Halal Entertainment Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.