Latest News

recent

IslamicTunesNews | MALAYSIAKU MERDEKA TAMPILKAN HIMPUNAN ARTIS & SELEBRITI TERKENAL



Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan ke-59

Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan ke-58, Selayang Care bersama Majlis Perbandaran Selayang menganjurkan program Malaysiaku Merdeka “Pray4Ummah” yang akan membariskan selebriti-selebriti terkenal tanah air dari pelbagai bidang dan latarbelakang, antaranya ialah kumpulan UNIC, Shoutul Amal, Caliph Buskers, Salima Habibi (AF4), Mel Wings (bekas vokalis Wings), Wak Mustar (Johan Kilauan Emas), Fynn Jamal dan Man Raja Lawak. Selain daripada itu program ini juga turut menampilkan pendakwah selebriti yang tidak asing lagi di kaca televisyen seperti Ustaz Don Daniyal, Ustaz Harryanto, Ustaz Zamri (TV9), Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre, Ustaz Halim Hafiz serta Adik Qayyim, finalis rancangan Adik-adikku TV1. Turut sama akan memeriahkan lagi malam tersebut ialah penampilan istimewa pelakon drama terkenal, Nasir Bilal Khan.
Program yang akan berlangsung di tempat letak kereta Stadium Selayang pada 30 Ogos 2015 ini dijadual bermula seawal jam 5.00 petang dengan pertandingan “Merdeka Accoustic Battle” yang menawarkan hadiah wang tunai kepada peserta. Aturcara sebelah malam dimulakan dengan program 30 Minit Bersama Ustaz Don dan Ustaz Zamri yang dijadual bermula selepas solat maghrib. Pengunjung digalakkan membawa sejadah untuk sama-sama menunaikan solat jemaah Maghrib dan Isya.
Program ini dianjurkan sebagai salah satu alternatif hiburan yang terpandu kepada anak muda Malaysia disamping membangkitkan kesedaran ummah supaya lebih cakna dengan isu semasa dalam dan luar negara.



IslamicTunesNews | MALAYSIAKU MERDEKA TAMPILKAN HIMPUNAN ARTIS & SELEBRITI TERKENAL Reviewed by Ibnu Syahrizal on 2:53 PM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Muslim Musicpreneurs Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.