Latest News

recent

IslamicTunesNews | ALFIRA SANUBARI SERIKANDI NASYID MALAYSIA


Sahabat IslamicTunesNews yang dimuliakan Allah SWT, Wanita yang akan kita bahas pada kesempatan kali ini merupakan wanita yang tangguh, mempunyai tekad yang besar untuk terus bersyiar melalui sya’ir, ‘Alfira‘ bukanlah sebuah nama baru dalam industri muzik. Berawal dari beliau memenangi beberapa pertandingan nyanyian termasuk pernah mewakili Malaysia di pertandingan ASIA BAGUS yang berlangsung di Singapura pada tahun 1995.

Wanita juga boleh jadi pengusaha

Dibalik kesuksesan beliau sebagai Pengusaha Butik Alfira & Sufi Kecil, beliau masih menyempatkan diri untuk berkarya dan menciptakan lagu, Setelah lama berhenti, kini Alfira kembali dengan sesuatu yang baru. Alfira memilih dakwah sebagai landasan untuk beliau menyampaikan sesuatu yang lebih bermakna kepada masyarakat. Bagi Alfira, dakwah merupakan suatu medan pandidikan yang sangat ‘efektif’ dalam membentuk minda, perasaan dan jati diri seseorang.
Alfira terpanggil untuk melakukan sesuatu sebagai sumbangannya dalam usaha membentuk dan mendidik manusia, justru beliau telah menjadikan keseluruhan liriknya mempunyai unsur-unsur didikan yang terus membawa manusia kembali kepada fitrah asal yaitu mengenali Tuhan lantas cinta dan takutkan Nya.

Antara kemanusiaan & kasih sayang

Konsep yang coba dibawa oleh Alfira berkisah tentang ‘kemanusiaan & kasih sayang’. Pendekatannya lebih kepada ‘spiritual’ karena sasarannya adalah jiwa manusia yang sentiasa berhadapan dengan berbagai krisis dan kemelut. Dengan menggunakan khidmat Shanazron sebagai penerbit yang berpengalaman, maka telah terbitlah satu konsep yang cukup unik sekali.
Untuk memperkenalkan dan mempromosikan keunikan, kekayaan, kebudayaan serta kesenian muzik yang berteraskan Islam. Dengan ini masyarakat akan didedahkan dengan kesenian muzik “Islamic Global” yang berkonsepkan kasih sayang serta kedamaian seiring dengan ajaran Islam.
Album ini juga dapat membantu untuk membetulkan persepsi masyarakat luar terhadap Islam. Untuk membuktikan bahawa umat Islam sentiasa menyintai kedamaian. Mesej keamanan akan dapat disampaikan membuktikan bahawa Islam adalah merupakan agama kedamaian dan menolak sebarang bentuk unsur-unsur keganasan.
Album ini akan mendekatkan rakyat dengan semangat menyintai kedamaian dan menentang keganasan. agar masyarakat akan lebih terdidik dan menghargainya.


IslamicTunesNews | ALFIRA SANUBARI SERIKANDI NASYID MALAYSIA Reviewed by Ibnu Syahrizal on 3:25 PM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Halal Entertainment Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.