Latest News

recent

IslamicTunesNews | DAQMIE ASAL MALAYSIA BUKTIKAN BAKATNYA MELALUI ALBUMNYA

Azmee bin Abdul Manap lebih dikenali sebagai Daqmie

Azmee bin Abdul Manap kemudiannya lebih dikenali sebagai Daqmie sebagai jenama dirinya diarina Musik, Lagu dan Seni Suara. Bakat seni khususnya musik memang terkesan sejak kanak-kanak lagi. Bakatnya yang subur dibajai pula dengan minat serta usaha gigihnya sejak dulu lagi. Ketika remaja dalam usia belasan tahun 1991 Daqmie telah membuktikan bakatnya melalui Albumnya yang pertama bersama East (Noise Records) dan pada tahun 1996 Album kedua dengan jenama yang sama.

Kecemerlangan  Daqmie lebih melonjak ketika beliau mula mengeluarkan lagu yang bertajuk "Tangis Sebatang Tamar" yang dikeluarkan Inteam Records, yang sudah mencapai 1.417.942 Pengunjung. 

Daqmie dari Sebuah Keluarga Yang Sederhana

Diperkampungan yang damai dan tenteram, suasana desa beradat dan berbudaya dengan Cogan kata “ Disini Segalanya Bermula”. Lahir seorang putera yang ketujuh dari lapan adik beradik : Pada 20 Jan. 1971 bertepatan hari Rabu.
Setelah lahir dan diberi nama, Azmee bin Abdul Manap. Suasana desa, Kampung Simpang Ampat, Daerah Alor Gajah Melaka bersempadankan dengan Daerah Tampin Negeri Sembilanini banyak mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak ini.

Memulakan alam pendidikan si Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat kemudian menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Simpang Ampat. Tingkatan 1 sampai 3. Berpindah pula ke Sekolah Menengah Dato’ Dol Said dari tingkatan 4 hingga 6. Setelah selesai belajar peringkat Sekolah Menengah Azmee bin Abdul Manap melanjutkan pengajian ke Institut Teknologi Tun Abdul Razak ITTAR dari tahun 1995 hingga 1997. Dalam jurusan Accounting Finance.


IslamicTunesNews | DAQMIE ASAL MALAYSIA BUKTIKAN BAKATNYA MELALUI ALBUMNYA Reviewed by Ibnu Syahrizal on 12:30 PM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Halal Entertainment Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.