Latest News

recent

IslamicTunesNews | AKHDAN NASHEED MEMPUNYAI PRESTASI YANG BANYAK


Awal mula Akhdan Nasyid berkarir

Akhdan merupakan kumpulan nasyid yang terdiri daripada 4 orang pelajar sekolah yang berbakat dalam bidang seni suara (Tajul,Affan,Haizudin,Zuhair). Akhdan menampilkan sebuah album yang berkonsepkan lagu-lagu keTuhanan dan kemanusiaan. Akhdan berdiri pada tahun 2010 dan mulai bergerak aktif awal tahun 2011. Kesemua ahli kumpulan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Mempertaruhkan lagu-lagu keTuhanan dan kemanusiaan yang mampu menerbitkan keinsafan di hati pendengar. Diselitkan juga alunan zikir. Harapan semoga kumpulan Akhdan dan album sulung “Sejadah Keinsafan”, mampu menambat hati para pendengar dan menjadi wadah mendidik jiwa.



Album sulung Akhdan telah diterbitkan pada awal Maret 2012 dan sedang berada di pasaran edaran Hijjaz Record dan Warner Music.

Adapun prestasi-prestasinya Akhdan di antaranya:

1.       Persembahan Tilawah Antarabangsa di PWTC, 2011 dan 2013.
2.      Rakaman program Hari Malaysia bersama Adik-adikku anjuran JAKIM.
3.      Persembahan Permata Seni di RTM Negeri Sembilan.
4.      Jemputan Inovasi Islam di Masjid Negara.
5.      Mengadakan Konsert Amal bersama kumpulan nasyid tersohor tanah air Rabbani dan Far East.
6.      Persembahan di Karnival Jawi Peringkat Kebangsaan di Perpustakaan Negara.
7.      Persembahan di Pesta Buku Islam 2 di Putrajaya.
8.      Persembahan di TV Al Hijrah, RTM1, RTM2 dan TV3.
9.      Persembahan amal Pray 4 Ghaza, Syria, Mesir dan Rohingya.
10.   Membuat persembahan nasyid atas jemputan perasmian Kem Harapan Kanak-kanak Malaysia yang telah dihadiri oleh Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, Pengerusi DRB Hicom dan Pengerusi Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia.
11.    Membuat persembahan di Karnival Mahabbah IKIM.FM di Bandar Dato’ Onn,Johor pada 1 April 2012.
12.   Lagu-lagu Akhdan telah diputarkan di radio IKIM.FM.
13.   Telah menghasilkan 4 buah klip video dan menerbitkan satu Single 2013 (Kembalikan Damai Itu).
14.   Jemputan Karnival Seni Permata di Mid Valley, Kuala Lumpur.
15. Menerbitkan Single 2014 (Kerna Cinta) terbaru dengan kerjasama UNIC Record.
IslamicTunesNews | AKHDAN NASHEED MEMPUNYAI PRESTASI YANG BANYAK Reviewed by Mukhlis News Editor on 2:27 PM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Halal Entertainment Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.