Latest News

recent

Voice of Baceprot Langgar Sempadan Pandangan!

VoB Melanggar Batas Muslimah Asia?


Jika di Malaysia ada Al Farabi Band yang memilih genre heavy metal untuk menyampaikan lagu-lagu dakwah dan nasihat, di Indonesia pula muncul dengan sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Voice of Baceprot atau VoB yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia. Adakah keputusan memilih genre musik thrash metal merupakan suatu tindakan melanggar sempadan atau batas2 kesusilaan muslimah bertudung?

Dianggotai oleh Firdda Kurnia (16 tahun) yang merupakan vokalis dan gitaris, Eusi Siti Aisyah yang bermain drum dan Widi Rahmawati di gitar bass, pertemuan dalam kelas musik 2014 telah menemukan mereka dan lantas terus jatuh cinta sama genre heavy dan thrash metal.

Wawancara yang dipetik dari majalah online The Guardian tanggal 9 Juni 2017 oleh reporter Kate Lamb ini mendedahkan bahawa VoB ini bukan lemah semangat walau dicuba digugat oleh ahli-ahli pimpinan agama lokal. Malah bukan sedikit juga yang membenci mereka kerana dipandang mengotori atau mencemar agama kerana memilih genre metal ini.

"Ada yang coba mencabut soket plug di showcase mereka kerana mau menghalang VoB meneruskan persembahan," jelas Erza Satia, 35 yang merupakan guru musik yang juga kini jadi manager VoB.

VoB kini menjadi semakin popular apatah lagi sudah juga membuat persembahan di salah satu televisi nasional di Jakarta tidak lama dulu.

“Many people think metal music is satanic but we are showing that there is a different shade, a different side to the music,” said Erza Satia

Malah ungkapan Kurnia malah lebih matang, bahawa seharusnya mereka boleh memainkan musik metal kerana metal itu cuma musik. 

"apa yang masalahnya kerana pemain musik metal ini sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang buruk sedangkan yang buruk itu tidak sepatutnya harus berlaku begitu," 

Watch VoB's video here.

Link resources: https://www.theguardian.com/global-development/2017/jun/09/the-schoolgirl-thrash-metal-band-smashing-stereotypes-java-indonesia-voice-baceprot
Voice of Baceprot Langgar Sempadan Pandangan! Reviewed by Islamic Tunes on 12:45 AM Rating: 5
Copyright © 2016 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Halal Entertainment Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.