Latest News

recent

IslamicTunesNews | SEJARAH PENUBUHAN KUMPULAN ‘FRIENDTASTIC’



Sejarah penubuhan kumpulan Friendtastic yang berasal dari Kedah bermula pada tahun 2016, di mana ianya telah diasaskan oleh Cikgu Rosmadi, ayahanda kepada pemain guitar kumpulan ini, Muhammad Farihin dan juga Syed Samudera, ayahanda kepada pemain drum kumpulan ini, Putera Kayangan Syed Fikri. Kumpulan ini pada awalnya hanya terdiri dari dua orang ahli sahaja. Permulaan tertubuhnya kumpulan ini bermula di salah sebuah pusat muzik di bandaraya Alor Setar iaitu Muzik Sistem di mana Farihin dan Putera Fiq masing-masing mendalami ilmu muzik di sini yang menyaksikan titik perkenalan ‘keluarga’ Friendtastic. Bermula dari sini, mereka mula membuat beberapa persembahan yang dianjurkan oleh Muzik Sistem sendiri. Pada awalnya Cikgu Rosmadi dan Syed Samudera mengisi kekosongan posisi penyanyi dan pemain bass.

Pada tahun 2017, Friendtastic telah dijemput membuat persembahan di pentas ‘Yayasan Sultanah Bahiyah’ dan di sinilah Friendtastic telah menjemput Nur Khairiah Zahidah Khairulfahmi untuk mengisi posisi vokalis sehingga sekarang. Ayahanda kepada Khairah, Cikgu Khairulfahmi Bin Jumri pula merupakan sahabat baik kepada Cikgu Rosmadi dan Syed Samudera. Khairiah merupakan salah seorang penyanyi cilik yang bakatnya sangat menyerlah terutama dalam persembahan majlis-majlis di bawah anjuran Jabatan Pendidikan Kedah dan pernah beberapa kali mencipta nama dalam pelbagai pertandingan nyanyian. 

Di penghujung tahun 2017, Friendtastic telah diwarnai lagi dengan kehadiran dua ahli baru yang melengkapkan lagi kumpulan ini. Dengan kemasukan Danish (pemain bass), anak didik kepada Syed Samudera dan juga sahabat baik kepada Putera Fiq, serta kemasukan Ainul Mardhiah (pemain keyboard), adik kepada Farihin, persembahan kumpulan Friendtastic menjadi lebih mantap dan mendapat pujian ramai pihak, antaranya persembahan sulung mereka yang lengkap dengan kehadiran lima orang ahli iaitu pada program Jelajah Kementerian Pendidikan Malaysia di Langkawi pada bulan Februari 2018. 

Apa yang menariknya, hampir kesemua ahli Friendtastic berumur 10 tahun pada tahun ini kecuali Farihin yang berumur 12 tahun selaku ketua kumpulan. Walaupun masih muda, tetapi ahli Friendtastic sanggup menerima cabaran untuk mewarnai dunia muzik tanahair. Mereka pernah menyertai Pertandingan Buskers di Jitra Kedah di mana Friendtastic hanya satu-satunya band cilik yang bertanding, menyaingi pemuzik-pemuzik dewasa lain yang jauh lebih berpengalaman. Namun persembahan Friendtastic tidak mengecewakan dan mendapat pujian yang tinggi daripada pihak juri.

Dan akhirnya, setelah usia Friendtastic menjangkau hampir 2 tahun penubuhannya, maka dalam tahun 2018, terciptalah satu sejarah di mana single sulung Friendtastic bertajuk “Marilah Ke Sekolah” memasuki arena hiburan tanahair. Friendtastic sangat berharap agar single ini dapat diterima oleh semua lapisan pendengar dan bakal mendapat sambutan di pasaran. 

Promosi akan diteruskan dalam tahun ini dan mohon doakan Friendtastic terus melakar kejayaan. InsyaaAllah!
IslamicTunesNews | SEJARAH PENUBUHAN KUMPULAN ‘FRIENDTASTIC’ Reviewed by Islamic Tunes on 7:30 AM Rating: 5

No comments:

Assalamualaikum. Feel free to comments, giving ideas and taking parts for discussion on any content within this blog and its link, but please mind your words and behave as syaria compliance. We're Muslim, we're brothers and sisters....we're family!

Copyright © 2019 - Loonaq Records | IslamicTunes. All Rights Reserved.
Template by: Uong Jowo IslamicTunesNews | Muslim Musicpreneurs Community
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.